Kelas Kemahiran Hidup Sekolah Menengah
10 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 November 2018, Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah mengadakan kelas tambahan subjek Kemahiran Hidup bersama-sama pelajar sekolah menengah menggunakan aplikasi Kahoot. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang yang mengandungi 42 soalan dan disertai oleh 8 orang pelajar. Kelas pembelajaran ini diadakan adalah untuk menguji sejauh mana pemahaman pelajar belajar subjek tersebut di sekolah. Dengan cara lebih menarik dan menyeronokkan ini, ia mampu menguatkan lagi daya ingatan pelajar berkaitan ilmu kemahiran hidup yang dipelajari dalam kelas yang diadakan ini.
Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan, digunakan sebagai teknologi pendidikan yg sangat kreatif dan menarik. ‘Kahoot game’ diadakan untuk menarik minat belia yang kurang berminat dengan aktiviti berasaskan kelas latihan. Dengan menggunakan ‘kahoot games’, mereka lebih teruja untuk belajar dan seterusnya juga mampu menarik ramai belia mengikuti kelas-kelas yang PI anjurkan.
Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: